Sunday 24 June 2012

Fesyenista Manja Baby Kiko 2 - Part 2

Salam semua :). Entry ini adalah sambungan dari entry Fesyenista Manja Baby Kiko 2 ... Berdebar-debar rasanya apabila tarikh siaran episode Diya Sofea semakin dekat. Saksikan Diya Sofea & Diana Danielle dalam program Fesyenista Manja Baby Kiko 2 pada Ahad ini, 1 Julai 2012 jam 6.30 petang. Episode ulangan akan disiarkan pada 2 Julai 2012 jam 8.00 malam dan 7 Julai 2012 jam 11.30 malam. Saksikan promo Diya Sofea & Diana Danielle di Astro Ria bermula hari ini. Jangan lupa vote Diya Sofea nanti ye pada 2-8 Julai di wesbite Baby Kiko. Vote anda adalah sangat-sangat dialukan. Details akan diberitahu kemudian. 


Sila klik link-link di bawah untuk melihat Astro Promo FMBK 2 Diya Sofea & Diana Danielle 




Jangan lupa tengok rancangan ini pada hari Ahad ini, 1 Julai 2012 jam 6.30pm di Astro Ria ye dan jangan lupa undi Diya nanti dari 2-8 Julai di FB dan website Baby Kiko. Info untuk vote akan di update nanti. Tq semua :) 

Luv,
Diya Sofea

Wednesday 20 June 2012

Mothercare 25th Anniversary Party

Mothercare telah menganjurkan Meet You In Wonderland Party pada awal bulan Mei 2012 sempena sambutan ulang tahun Mothercare yang ke 25. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang hari bertempat di Mothercare KLCC. 


Antara acara menarik yang disediakan


Diya mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna crown


Diya menyertai pertandingan costume Prince/Princess in Wonderland


Antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam contest ini


Anne Ngasri sebagai juri jemputan


Diya bermain bersama anak Anne Ngasri


Diya bersama Anne Ngasri, Anne panggil Diya - Sofea Jane :)

Monday 18 June 2012

Snow White & The Huntsman

Snow White dan Huntsman ini adalah filem kedua berdasarkan kisah dongeng kanak-kanak Snow White dalam tahun ini. Pelik lak kenapa banyak lak cerita Snow White, ni mesti sebab Diya suka tengok ni hehe.

Filem ini berbeza dari filem Mirror Mirror dimana filem Mirror Mirror sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan yang ini lebih sesuai untuk tontonan dewasa. 

Filem ini bermula apabila jari Permaisuri telah terkena duri bunga ros yang tajam dan tiga titik darah telah jatuh keatas salji yang putih. Pada waktu itu beliau berhasrat jika mempunyai anak perempuan mestilah putih seperti salji, bibir merah dan mempunyai hati yang kuat sepertimana bunga ros itu.  Permaisuri kemudian melahirkan seorang bayi perempuan yang sungguh comel. Permaisuri telah meninggal dunia semasa Snow White masih kecil. Raja, dalam kesedihan, telah terpukau dengan kecantikan seorang wanita yang ditemuinya semasa perang. Wanita ini adalah seorang ahli sihir jahat bernama Ravenna (Charlize Theron) dan telah membunuh raja dan menguasai tahkta beliau pada malam pernikahan. Snow White (Kristen Stewart) telah dikurung didalam istana. 

Tonton kisah seterusnya di pawagam berdekatan anda. Filem ini amat menarik dan berbeza dari filem Snow White yang kite tengok sebelum ini. Filem ini masih di tayangkan di pawagam berdekatan ...





Antara adegan dalam filem ini


Snow White - Kristen Steward, Huntsman - Chris Hemsworth, Prince - Sam Claflin, Queen - Charlize Theron


Diya suka Snow White tapi mama suka Prince handsome kan hehe ...

Mirror Mirror

Filem Mirror Mirror ini mengisahkan Snow White (Lily Collins) seorang gadis yang cantik dan putih seperti salju. Beliau telah kehilangan ibunya semasa masih kecil dan dipelihara oleh bapanya seorang raja dengan penuh kasih sayang. Kehidupan Snow White berubah setelah bapanya berkahwin dengan Evil Queen (Julia Roberts). Pada suatu hari, raja telah keluar dan meninggalkan Snow White dan tidak lagi kembali ke istana.
Permaisuri jahat tersebut bercadang untuk berkahwin lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau telah mengadakan satu majlis tari menari bagi menarik perhatian seorang putera raja yang kacak dan kaya. Namun, di majlis tersebut putera telah jatuh hati kepada Snow White.
Permaisuri telah naik berang dan menyuruh pembantunya membawa Snow White ke dalam hutan lalu membunuhnya. Ceritanya macam sama sahaja dengan cerita dongeng kanak-kanak Snow White kan? Tapi filem ini telah diceritakan dengan lebih menarik dan penuh warna-warni. 
Yang pasti Diya suka tengok cerita ni. Hiburan yang menarik untuk kanak-kanak...



Dress dalam cerita ni semua nye menarik dan penuh warna-warni


Evil Queen 

Snow White

Pasti semua kenal Snow White kan? 
Snow White adalah salah seorang Disney Princesses. 
Kenapa entry pasal Snow White? 
Sebab Diya suka sangat dengan Snow White dari baby lagi. 
Kalau tanya Diya siapa nama? 
Dia mesti jawab Princess Snow White :). 
Diya kalau jumpa costume Snow White dan apa-apa sahaja barang Snow White mesti dia nak beli. Penuh dah rumah dengan barang2 Snow White - patung, costume, beg, baju dan macam2 lagi. Boleh dikatakan satu peminat fanatik Snow White cuma mama tak suka Snow White dlm cite kartun ni tinggal dengan 7 lelaki kerdil hehehe ...




Snow White Diya semasa umur 8 bulan



Snow White Diya semasa umur 1 tahun setengah



Snow White Diya semasa umur 2 tahun setengah

Kidzania KL

Saturday 3rd March 2012. Thank you Kidzania for the special invitation for 4 of us! The kids love it ... 

KidZania is a safe and interactive education and entertainment indoor theme park that allows children to role-play adult activities in a replica city designed to simulate real-life and a functioning economy. Its cater for children between the ages of 4 to 14, KidZania allows children to lead independent lives and get to understand the world of grown-ups better by being grown-ups themselves. 



Diya & Danial at the Air Asia check-in counter


The kids each gets a boarding pass, passport n 50 kidzos 


Boarding area


Danial - Surgeon, Pilot, Actor & Fireman


Diya - Artist

As Diya is only 2.5y old not much activity that she can join. 

Overall, its a fun-filled day for the kids. We was there for 6 hours. We will surely visit Kidzania again soon :). Visit their website at Kidzania

Tuesday 12 June 2012

Diya Sofea's Baby Contest 2012!


Atas permintaan ramai maka dengan ini akan di adakan Baby Contest hehe. Kita buat contest ala2 royalty gitu sebab Diya suka jadi princess hehe. Memandangkan ada yang suka contest vote, ada pula yang suka pilihan juri dan ada pula yang suka campuran vote dan juri. Maka saya akan buat 6 awards yang diberi markah mengikut pelbagai cara. Harap semua berpuas hati ye :)

Umur
0-5 tahun

Awards
Cutest Royalty Baby
Most Charming Prince
Most Beautiful Princess 
Most Photogenic Royalty
Most Popular Royalty
Most Adorable Royalty 

Markah 
Cutest Royalty Baby ( 0-24 bulan)
Most Charming Prince 
Most Beautiful Princess
80% juri (4 org) - Kecomelan - 40%
                                  - Model kualiti - 20%
                                  - Pakaian - 10%
                                  - Gaya - 10%
20% vote di FB page Diya Sofea

Most Photogenic Royalty
100% pilihan juri (4 org)

Most Popular Royalty 
100% vote di FB page Diya Sofea

Most Adorable Royalty
100% dipilih oleh juri cilik Diya Sofea

Juri 
Sara Emelia (Mama Diya)
Yumie Lufya 
Afzan Nezar 
Ziana Farhana
Diya Sofea - Most Adorable Royalty

Terma & Syarat
Pakaian 
Bebas
Gambar
Tidak semestinya gambar studio
Gambar mesti terang dan jelas 
Hantar 1 gambar terbaik sahaja 
Close up/ Half body/ Full body
Gambar terbaru (dalam tempoh 6 bulan ini) 
*Sertakan nama bayi dan umur ye*

Cara penyertaan 
Bukan Bloggers 
1. Like FB page Diya Sofea Eryna
2. Share contest ni kt FB anda 
3. Hantar 1 keping gambar terbaik baby/kids anda ke danialamsyar@hotmail.com

Untuk Bloggers 
1. Follow blog ini
2. Post link blog ni kat blog anda
3. Hantar 1 keping gambar terbaik baby/kids anda ke danialamsyar@hotmail.com

Tempoh 
Tarikh mula - 00.00 13 Jun 2012 
Tarikh tutup penyertaan - 23.59 10 Julai 2012

Hadiah  
Piala Khas x6
Hadiah misteri x6
Gambar pemenang akan di edit dan diletakkan crown 
Cerita pendek mengenai pemenang2 di blog & FB Diya Sofea 

Keputusan 
12 Julai 2012

JOM JOIN!

Monday 11 June 2012

Madagascar 3 di pawagam

Filem Madagascar 3 ini adalah susulan dari filem Madagascar 2. Alex (Lion) bermimpi bahawa mereka berempat akan terdampar di Afrika sampai tua. Alex memberi cadangan kepada Marty (Zebra), Melman (Giraffe) dan Gloria (Hippo) yang mereka patut pergi ke Monte Carlo dan menyuruh Penguin untuk menerbangkan mereka balik ke New York di mana terletaknya Zoo mereka. 
Saksikan kisah mereka seterusnya di pawagam berdekatan. Movie ni memang best dan sangat sesuai untuk tontonan kanak2. Nak lagi best tonton yang 3d. Diya cakap "Movie ni best!"




Antara adegan dalam filem ini


Ben Stiller (Alex)


David Schwimmer (Melman)


Chris Rock (Marty)


Jada Pinkett Smith (Gloria)
Yang ni favourite Diya :)

Diya's Kittens

Ni kittens terbaru Diya. Diya sangat sayang pada kucing. Gambar2, video dan info ada dalam FB Carebear Cattery. Sila la like ye :)


Carebear Bella Swan


Carebear Alice Cullen


Carebear Edward Cullen

The Store - Cute Baby 2012 Contest

Salam, ni ada satu lagi contest untuk kawan-kawan join especially untuk yang ada baby berumur 3 tahun ke bawah. 


Tempoh Peraduan:   24 May - 31 Jul 2012 

Tempat pertama akan membawa pulang baucar tunai bernilai RM10k dan hamper bernilai RM1k. Hadiah ke-2 akan membawa pulang baucar tunai bernilai RM6k dan hamper bernilai RM800. Hadiah untuk tempat ke-3 ialah baucar tunai bernilai RM3k dan hamper bernilai RM500. Hadiah saguhati untuk 200 pemenang dari setiap cawangan ialah baucar tunai bernilai RM200.

Contest ni walaupun terbuka untuk bayi 0-3 tahun tapi pemenang2 nye adalah dari kalangan bayi berumur 1 tahun kebawah sahaja. Dulu masa Diya bawah setahun tak tau pun ada contest ni. Jadi kawan2 yang ada baby cute mute bawah 1 tahun join ye :)

Parkson My Favourite Moments Contest

Ni lagi satu contest yang boleh join buat masa ni. Contest ni dari Parkson. Tema - My Favourite Moments. Contest ini bermula dari 24 May 2012 hingga 24 June 2012. Terbuka untuk bayi berumur 0-36 bulan. Caranya hantar gambar-gambar anak anda dalam bentuk montage bersaiz A4 yang memaparkan 3 detik indah. Entry boleh dihantar secara pos atau online dan sertakan resit rm80 pembelian di baby department bagi setiap penyertaan.


Hadiah yang ditawarkan agak lumayan. Tahun lepas Diya dapat saguhati bernilai RM1500. Hadiah utama akan dapat dana pembelajaran bernilai RM200k. Hadiah Pertama akan mendapat hadiah bernilai RM6200. Hadiah kedua akan membawa pulang hadiah bernilai RM4100 dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah bernilai RM2300. 20 hadiah saguhati bernilai RM550 setiap seorang. Hmm makin sikit lak nilai hadiah tahun ni ye. Info selanjutnye boleh tengok kat sini My Favourite Moments Contest

Jom join! 

Sunday 10 June 2012

Diya Sofea dlm Beautifulnara.com

Jumaat lepas, abang nara dari beautifulnara ada post entry pasal Diya Sofea. Tapi semalam Mama Diya minta artikel ini di delete dari beautifulnara sebab tak nak la Diya yang masih kecil jadi bahan gosip kat blog tu sampai ada 177 hot comments. Anyway thank you abang nara buat entry pasal Diya Sofea :). Mama Diya suka cuma tak tahan orang2 yang bergossip kat page tu je huhu ... Boleh ye abang nara Mama Diya letak kat sini entry tu sebagai kenangan :)

Artikel di bawah dari beautifulnara.com sebelum di delete tadi ...

(10 GAMBAR)Diya Sofea Eryna, Budak Comel Yang Sering Menghiasi Iklan TV



Abang Nara pasti korang pernah tengok iklan Anmum kat TV yang banyak budak-budak comel tue.  Mesti korang rasa nak cubit je pipi si comel-comel itu sebab geram sangat. Kali ini, Abang Nara nak perkenalkan salah seorang daripada si comel dalam iklan Anmum itu. Namanya Diya Sofea Eryna.
diya sofea eryna
Cute gila kan? Abang Nara baru dapat info yang si Diya Sofea Eryna nie dah banyak gila menang award sebagai baby yang cute. Antara yang paling hebat ialah The Cutekid Of The Year Contest 2011 (USA) – March 2011. Bangga pulak Abang Nara dibuatnya sebab bayi dari Malaysia dipilih sebagai bayi paling cute.
diya sofea eryna
Yang terbaru, Diya telah membawa watak Diana Danielle ketika kecil di dalam program Fesyenista Manja Baby Kiko 2. Sekali pandang memang ada iras kedua-duanya. Abang Nara rasa Diya nanti bila besar confirm sama taraf kecunnannya dengan Diana. Tak gitu?
Lagi 8 gambar Diya Sofea Eryna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda sudah geram dengan kecomelan Diya, boleh LIKE Facebook Diya Sofea Eryna.
diya sofea eryna
diya sofea eryna
diya sofea eryna
diya sofea eryna
diya sofea eryna
diya sofea eryna
diya sofea eryna
diya sofea eryna
@copyright beautifulnara.com

Saturday 9 June 2012

Johnson's Baby Of The Year Contest 2012

Kawan-kawan bloggers yang ada bayi yang berumur bawah 3 tahun yang lahir pada atau selepas 1 Ogos 2009 boleh la join contest Johnson's Baby Of The Year 2012 ni. Contest ini diadakan setiap tahun. Tahun ni dah masuk tahun ke -20. 

Contest ini bermula dari 1 May 2012 hingga 30 Jun 2012. Caranya mudah sahaja, hantarkan gambar bayi anda, satu atau dua keping gambar terbaru dalam size 3R atau 4R. Penyertaan boleh dihantar melalui pos (borang boleh didapati dari pasaraya berdekatan), photoshoot di pasaraya terpilih atau secara online di FB iLoveJohnsonsbaby. Setiap penyertaan mestilah disertakan bersama resit bernilai rm10 ke atas. 


Hadiah2 yang ditawarkan memang lumayan. Hadiah Utama akan membawa pulang wang tunai RM20k, peluang menjadi cover beberapa majalah dan hamper JB bernilai RM1k. Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM8k dan hamper JB bernilai RM800. Tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5k dan hamper JB bernilai RM500. Saguhati utk 20 peserta akan membawa pulang wang tunai RM500 dan hamper JB bernilai RM500 setiap seorang. Tahun ini agak menarik sikit, sempena ulang tahun ke-20 ada pemenang beberapa kategori tambahan seperti "Best Smile, Best Skin, Best Walk/Crawl, Best Dressed, Most Huggable, Most Charming Baby dan Most Photogenic Baby" 


Ni gambar pemenang untuk tahun 2009-2011

Siapa yang berminat nak join secara online boleh klik kat sini JBOTY 2012
Senarai pasaraya terpilih In-store photoshoot


Diya pun ada join juga tahun ini. Ni gambar yang dihantar. Doakan Diya terpilih Top 23 ye. Ameeen :)

Thursday 7 June 2012

Diya Sofea bertudung

Diya Sofea bertudung ... comel tak :)



Diya menggayakan tudung Fareeda Kids ...


Diya semasa 6 bulan - ada di FB ILoveAllaah.com

Sunday 3 June 2012

Diya Sofea dalam Nona TV3

Semalam, Diya Sofea (2+ tahun) muncul dlm segmen realiti Nona di TV3 pukul 2 petang. Diya sebagai model cilik yang sudah menempa nama. Selain itu ada juga Putri Balqis (5+ tahun) dan Mia Sara (6+ tahun) sebagai pelakon cilik yang sudah menempa nama. Sayang interview Diya tak disiarkan mungkin kerana dia malu-malu kucing time interview tu dan bila ditanya nak jadi apa bila dewasa dia jawab nak jadi Princess Snow White hehehe. Video blh tgk kt sini saya tangkap guna hp je atau boleh tgk kt Tonton ...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...