Sunday, 1 July 2012

JOM VOTE BABY KIKO DIYA SOFEA!

 FMBK 2 highlight of the week, baby Diya Sofea Eryna
Voting period: 2 July - 8 July 2012, click here to vote:http://www.babykiko.com/promotion/

Theme: Pretty Girl, Air date: 1 July 2012,
Repeat on Astro Ria: 2 July 2012 at 8.00pm

The baby contestant is dressed up by the popular celebrity- Diana Danielle with her own fashion sense and style to suit the theme. And baby who won the most votes from Baby Kiko fans will win RM10,000 cash!



Semua dah tengok Fesyenista Manja Baby Kiko 2 semalam? Fuh hebat komen Nasha. Kami bukan malas cuma kami terpaksa tukar baju dan aksessori last minit sebab ada peserta lain yang dah pakai pakaian dan aksessori yang sama masa shooting tu. So kami pilih something yang simple tetapi tetap cantik. Tujuannya nak tunjuk baju Baby Kiko walaupun simple tetap cantik. Walaupun juri kata simple tetapi siapa yang suka penampilan dan keserasian Diya & Diana Danielle vote Diya ye ikut link di bawah. Terima kasih ...

So jom kita sama-sama vote untuk Diya ye ... 
Semoga tuhan membalas jasa baik anda sekalian ...
1 minit je ambik masa nak vote. Boleh kan :).
Tolong share entry ni dan ajak kawan2 vote juga ye ... 

 TQ Mmuahh ... 

Cara

1. Klik link di bawah
2. Klik Join Now (kanan page) 
3. Log in
4. Klik kat kepala bear untuk vote

Fesyenista Manja Baby Kiko 2 - Part 3

Di belakang tabir shooting episode 7 Fesyenista Manja Baby Kiko musim ke 2


Diya semasa audition


Diya Sofea & Diana Danielle


Diana Danielle akan menyiapkan Diya mengikut tema yang ditetapkan


Diya & Diana Danielle semasa sesi photoshoot


Tema Diya - Pretty Girl! 

So berjaya tak. Mari kita saksikan episode 7 hari ini Ahad 1 Julai 2012 di Astro Ria (Ch 104) jam 6.30pm. Undi akan dibuka dari 2-8 Julai. Nanti saya akan update link untuk mengundi. Ulangan episode ini pada 2 Julai 2012 jam 8 mlm dan 7 Julai 2012 jam 11.30 mlm. 

 Jangan lupa tengok program ini dan undi Diya Sofea ye. Muaahhh :)

Sunday, 24 June 2012

Fesyenista Manja Baby Kiko 2 - Part 2

Salam semua :). Entry ini adalah sambungan dari entry Fesyenista Manja Baby Kiko 2 ... Berdebar-debar rasanya apabila tarikh siaran episode Diya Sofea semakin dekat. Saksikan Diya Sofea & Diana Danielle dalam program Fesyenista Manja Baby Kiko 2 pada Ahad ini, 1 Julai 2012 jam 6.30 petang. Episode ulangan akan disiarkan pada 2 Julai 2012 jam 8.00 malam dan 7 Julai 2012 jam 11.30 malam. Saksikan promo Diya Sofea & Diana Danielle di Astro Ria bermula hari ini. Jangan lupa vote Diya Sofea nanti ye pada 2-8 Julai di wesbite Baby Kiko. Vote anda adalah sangat-sangat dialukan. Details akan diberitahu kemudian. 


Sila klik link-link di bawah untuk melihat Astro Promo FMBK 2 Diya Sofea & Diana Danielle 




Jangan lupa tengok rancangan ini pada hari Ahad ini, 1 Julai 2012 jam 6.30pm di Astro Ria ye dan jangan lupa undi Diya nanti dari 2-8 Julai di FB dan website Baby Kiko. Info untuk vote akan di update nanti. Tq semua :) 

Luv,
Diya Sofea

Wednesday, 20 June 2012

Mothercare 25th Anniversary Party

Mothercare telah menganjurkan Meet You In Wonderland Party pada awal bulan Mei 2012 sempena sambutan ulang tahun Mothercare yang ke 25. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang hari bertempat di Mothercare KLCC. 


Antara acara menarik yang disediakan


Diya mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna crown


Diya menyertai pertandingan costume Prince/Princess in Wonderland


Antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam contest ini


Anne Ngasri sebagai juri jemputan


Diya bermain bersama anak Anne Ngasri


Diya bersama Anne Ngasri, Anne panggil Diya - Sofea Jane :)

Monday, 18 June 2012

Snow White & The Huntsman

Snow White dan Huntsman ini adalah filem kedua berdasarkan kisah dongeng kanak-kanak Snow White dalam tahun ini. Pelik lak kenapa banyak lak cerita Snow White, ni mesti sebab Diya suka tengok ni hehe.

Filem ini berbeza dari filem Mirror Mirror dimana filem Mirror Mirror sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan yang ini lebih sesuai untuk tontonan dewasa. 

Filem ini bermula apabila jari Permaisuri telah terkena duri bunga ros yang tajam dan tiga titik darah telah jatuh keatas salji yang putih. Pada waktu itu beliau berhasrat jika mempunyai anak perempuan mestilah putih seperti salji, bibir merah dan mempunyai hati yang kuat sepertimana bunga ros itu.  Permaisuri kemudian melahirkan seorang bayi perempuan yang sungguh comel. Permaisuri telah meninggal dunia semasa Snow White masih kecil. Raja, dalam kesedihan, telah terpukau dengan kecantikan seorang wanita yang ditemuinya semasa perang. Wanita ini adalah seorang ahli sihir jahat bernama Ravenna (Charlize Theron) dan telah membunuh raja dan menguasai tahkta beliau pada malam pernikahan. Snow White (Kristen Stewart) telah dikurung didalam istana. 

Tonton kisah seterusnya di pawagam berdekatan anda. Filem ini amat menarik dan berbeza dari filem Snow White yang kite tengok sebelum ini. Filem ini masih di tayangkan di pawagam berdekatan ...





Antara adegan dalam filem ini


Snow White - Kristen Steward, Huntsman - Chris Hemsworth, Prince - Sam Claflin, Queen - Charlize Theron


Diya suka Snow White tapi mama suka Prince handsome kan hehe ...

Mirror Mirror

Filem Mirror Mirror ini mengisahkan Snow White (Lily Collins) seorang gadis yang cantik dan putih seperti salju. Beliau telah kehilangan ibunya semasa masih kecil dan dipelihara oleh bapanya seorang raja dengan penuh kasih sayang. Kehidupan Snow White berubah setelah bapanya berkahwin dengan Evil Queen (Julia Roberts). Pada suatu hari, raja telah keluar dan meninggalkan Snow White dan tidak lagi kembali ke istana.
Permaisuri jahat tersebut bercadang untuk berkahwin lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau telah mengadakan satu majlis tari menari bagi menarik perhatian seorang putera raja yang kacak dan kaya. Namun, di majlis tersebut putera telah jatuh hati kepada Snow White.
Permaisuri telah naik berang dan menyuruh pembantunya membawa Snow White ke dalam hutan lalu membunuhnya. Ceritanya macam sama sahaja dengan cerita dongeng kanak-kanak Snow White kan? Tapi filem ini telah diceritakan dengan lebih menarik dan penuh warna-warni. 
Yang pasti Diya suka tengok cerita ni. Hiburan yang menarik untuk kanak-kanak...



Dress dalam cerita ni semua nye menarik dan penuh warna-warni


Evil Queen 

Snow White

Pasti semua kenal Snow White kan? 
Snow White adalah salah seorang Disney Princesses. 
Kenapa entry pasal Snow White? 
Sebab Diya suka sangat dengan Snow White dari baby lagi. 
Kalau tanya Diya siapa nama? 
Dia mesti jawab Princess Snow White :). 
Diya kalau jumpa costume Snow White dan apa-apa sahaja barang Snow White mesti dia nak beli. Penuh dah rumah dengan barang2 Snow White - patung, costume, beg, baju dan macam2 lagi. Boleh dikatakan satu peminat fanatik Snow White cuma mama tak suka Snow White dlm cite kartun ni tinggal dengan 7 lelaki kerdil hehehe ...




Snow White Diya semasa umur 8 bulan



Snow White Diya semasa umur 1 tahun setengah



Snow White Diya semasa umur 2 tahun setengah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...