Monday 18 June 2012

Mirror Mirror

Filem Mirror Mirror ini mengisahkan Snow White (Lily Collins) seorang gadis yang cantik dan putih seperti salju. Beliau telah kehilangan ibunya semasa masih kecil dan dipelihara oleh bapanya seorang raja dengan penuh kasih sayang. Kehidupan Snow White berubah setelah bapanya berkahwin dengan Evil Queen (Julia Roberts). Pada suatu hari, raja telah keluar dan meninggalkan Snow White dan tidak lagi kembali ke istana.
Permaisuri jahat tersebut bercadang untuk berkahwin lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau telah mengadakan satu majlis tari menari bagi menarik perhatian seorang putera raja yang kacak dan kaya. Namun, di majlis tersebut putera telah jatuh hati kepada Snow White.
Permaisuri telah naik berang dan menyuruh pembantunya membawa Snow White ke dalam hutan lalu membunuhnya. Ceritanya macam sama sahaja dengan cerita dongeng kanak-kanak Snow White kan? Tapi filem ini telah diceritakan dengan lebih menarik dan penuh warna-warni. 
Yang pasti Diya suka tengok cerita ni. Hiburan yang menarik untuk kanak-kanak...



Dress dalam cerita ni semua nye menarik dan penuh warna-warni


Evil Queen 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...