Tuesday 29 May 2012

Fesyenista Manja Baby Kiko 2

Program Fesyenista Manja Baby Kiko Musim Ke-2 ini dianjurkan oleh Baby Kiko dan Astro Ria. 



Penyertaan contest ini bermula dari 10 Oktober 2011 hingga ke 25 Disember 2012. Peserta hanya perlu menghantar 2 keping gambar bayi berukuran 4r yang berumur 4 tahun ke bawah memakai pakaian Baby Kiko. Satu gambar bayi dan satu lagi gambar bayi bersama ibu/bapa. Audition tertutup telah di adakan di Astro Bukit Jalil pada awal bulan Januari 2012. Seramai 34 peserta telah di panggil untuk audition ini dari ribuan penyertaan. Yang menariknya 10 bayi yang terpilih akan di hias oleh artis pilihan. Contest ini terbahagi kepada dua kategori. 1 untuk pilihan Juri yang akan memenangi wang tunai rm15,000 dan 1 untuk pilihan penonton yang akan memenangi wang tunai rm10,000 dimana undian akan dibuat di facebook Baby Kiko pada tarikh yang ditetapkan.


Alhamdulillah, Diya Sofea telah terpilih sebagai salah seorang peserta Top 10 FMBK2 ini. Ini adalah gambar yang dipilih pihak juri.



Senarai peserta Top 10 FMBK2. Shooting terbahagi kepada dua peringkat, satu di rumah dan di luar mengikut pilihan peserta. Dan satu lagi shooting di Astro untuk pertandingan FMBK2 ini. Artis yang dipilih adalah mengikut tema dan keserasian bersama bayi tersebut. Tujuannya ialah untuk menghias bayi tersebut dengan pakaian Baby Kiko mengikut tema yang diberikan supaya menjadi "Mini Me" artis tersebut. Diya Sofea telah digandingkan dengan aktress Diana Danielle :)

Saksikan Diya Sofea Eryna dan Diana Danielle di episode 7 Fesyenista Manja Baby Kiko 2 di Astro Ria channel 104 pada 1 Julai 2012 jam 6.30 ptg.


Jangan lupa mengundi untuk Diya Sofea & Diana Danielle bermula pada 2 Julai hingga 8 Julai. Hanya tuhan dapat membalas jasa baik anda semua. Muahh xoxo ...

6 comments:

  1. tahniah Diya..anda layak dan Diya pasti bawa balik 15k tu..

    ReplyDelete
  2. salam kenal,

    comellah diya ni ..
    tahniah ya .. bila siaran dia ni ..

    ReplyDelete
  3. Salam eim,
    Tq ye :).
    Siaran episode Diya pada 1 Julai 2012 jam 6.30pm di Astro Ria.
    Ulangan pada 2 Julai 2012 jam 8pm.
    Vote 2-8 Julai. Nanti dah dekat waktu tu saya akan buat entry lagi ...

    ReplyDelete
  4. tahniah ye.. ila try jugak tapi tak menang ekeke.. salam kenal.. ila tau belog nie dari yumie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...