Monday, 21 May 2012

Diya Sofea Eryna

Pada tanggal 14 Ogos 2009 lahirlah seorang puteri yg diberi nama Diya Sofea Eryna yang bermaksud Sinaran yang Suci dan Cantik. Alhamdulillah Diya membesar seperti namanya. Apa yang penting ialah Diya sihat sempurna dan menjadi anak yang solehah.




Diya adalah anak kedua dari dua beradik. Abang Diya, Muhammad Danial Amsyar sudah berumur 11 tahun. Agak jauh perbezaan umur mereka berdua tapi takdir adalah ketentuan ilahi. Kita merancang tuhan yang menentukan. Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur dikurniakan sepasang cahayamata yang begitu berharga Insyaallah di dunia dan di akhirat.

Diya seorang yang periang, petah bercakap dan tidak pemalu. Diya sentiasa menjadi perhatian kemana sahaja dia pergi. Ini mungkin disebabkan mukanya yang ala-ala pan asian dan beramput perang. Diya berdarah campuran - arab, pakistan, acheh, brunei. Banyak kali juga orang awam datang masuk ke kedai di mana Diya berada bukan untuk melihat barang di kedai tersebut tetapi cuma untuk menegur Diya. Tak kira bangsa dan negara - Melayu, Cina, India, UK, Jepun, Arab, China dan Perancis pun akan menegur Diya.

Diya sangat sayangkan binatang terutamanya kucing. Diya mempunyai empat ekor kucing parsi dan exotic shorthair. Diya sangat suka bermain dengan kucing. Diya juga mesra alam dan suka tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Tapi sekarang ni Diya memang pantang jumpa bunga yang cantik mesti dia nak petik walaupun dah dilarang ...

Diya mula menyertai pertandingan bayi semasa berumur 11 bulan dan dari sinilah bermulanya diari contest si cilik ini. Pelbagai penyertaan tak kira sama ada di dalam atau di luar negara disertainya. Mamanya la yang excited, Diya tak tau apa pun mula-mula nya hehe. Yang lebih menggembirakan ialah Diya menang hampir kesemua pertandingan yang disertainya.

Diya sangat suka bergambar dan berposing di hadapan kamera. Kami mula perasan akan bakat ini seawal umur 1 bulan. Lihat gambar di bawah ni. Apabila kami membawa Diya untuk bergambar di studio buat kali pertama semasa berumur 6 bulan, cameraman memuji baby ni ada baka jadi model ni kecik-kecik dah pandai bergaya di hadapan kamera. Prosess menangkap gambar pun pantas kerana Diya tak banyak karenah. Ketika berumur 15 bulan bermula lah karier Diya dalam bidang modelling dan pengiklanan.



Selain itu, Diya juga telah menjadi Penghias Kulit beberapa majalah di Malaysia dan di luar negara. Diya juga telah muncul di ruangan khas majalah-majalah di Malaysia ...

Ikuti perkembangan si cilik ini ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...