Wednesday 23 May 2012

Muhammad Danial Amsyar

Ini Danial, satu-satunya abang Diya Sofea. Danial berumur 11 tahun. Danial lahir di Ireland. Danial membesar di sana sehingga berumur 6 tahun. Lepas tu kami menetap di Brunei selama 2 tahun sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 2009.



Danial sangat suka menyanyi. Tak kira la lagu melayu, english atau hindi semua dia pandai. Lagu-lagu hindustan memang pandai dibawa bukan sahaja senikatanya tepat malah lirik pun tepat sekali. Suara pun boleh tahan macam Shah Rukh Khan :). Idola Danial adalah Jamal Abdillah dan Shah Rukh Khan.


Gambar atas ni ada rupa macam pelakon Indonesia Randy Pangalila tak? Rmai yang cakap muka mereka sama. Kalau sama nanti Danial besar bolehla hantar pergi berlakon sinetron kat Indonesia hehe. Atuk dan nenek Danial minat sangat sinetron-sinetron ni. 



Danial seorang abang yang baik. Tak kira la apa Diya buat dekat dia atau buli dia, Danial akan tetap sabar. Danial juga pandai mengaji dan hafal beberapa surah dan boleh membacanya dengan baik. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...